Thursday, January 23, 2020

Sejarah PSS SKTTT


SEJARAH PENUBUHAN PSS SK TAMAN TUN TEJA


Sekolah Kebangsaan Taman Tun Teja telah mula beroperasi pada 12 November 2010. Bilangan muridnya pada ketika itu ialah seramai 680 orang, manakala guru yang ditugaskan mengajar di sekolah ini seramai 30 orang. Murid-murid yang ditempatkan di sekolah ini, merupakan murid-murid yang melalui proses penempatan semula oleh Pejabat Daerah Gombak. Guru besar pertama, yang berkhidmat mentadbir SK Taman Tun Teja adalah Guru Besar Cemerlang, Puan Suhairi bt Mat Ludin. Sehingga kini jumlah murid di sekolah ini mencecah 1825 orang murid dengan tenaga pengajarnya seramai 134 orang.
Penubuhan Pusat Sumber SK Taman Tun Teja ini dibangunkan sejajar dengan beroperasinya sekolah ini. Perabot dan peralatan khas seperti komputer dan perkakasan elektrik yang lain dilengkapkan secara berperingkat dengan peruntukkan serta bantuan dan sumbangan daripada Kementerian , PIBG sekolah, guru-guru, Syarikat-syarikat swasta dan orang perseorangan.
Guru Media yang bertanggungjawab membangunkan Pusat Sumber SK Taman Tun Teja bermula sesi persekolahan 2011 ialah Puan Sabaatunayri bt Johari yang dibimbing oleh mantan Guru Besar SK Bukit Rawang Jaya, Puan Salmiah yang merupakan seorang yang berpengetahuan luas tentang pengurusan pusat Sumber. Pada tahun 2013, Puan Samsita bt Satar telah dilantik menggantikan Guru Media sebelumnya yang bertukar ke sekolah lain sehingga 2018.
Bermula 3 Januari 2019, saya telah diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan Pusat sumber Sk Taman Tun Teja bagi menggantikan Pn. Samsita bt Satar.Tanpa pengalaman dalam bidang pengurusan pusat sumber , saya cuba membanggunkan Pusat Sumber Sk. Taman Tun Teja dengan sokongan dari barisan pentadbir serta rakan-rakan sekerja yang banyak membantu.Kini, Pusat Sumber Sk Taman Teja telah diberi nafas baru dan dikenali sebagai "Lantana Camara".